Friday, April 11, 2008

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

Brickfields, Kuala Lumpur - 11 April 2008. Upacara Sembahyang Agama Buddha Sempena Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun telah di adakan di Kuil Buddha Maha Vihara, Brickfields.

Hadir di upacara tersebut ialah YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri, YDH CP Dato' Koh Hung Sun, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, YDH SAC I Leo Chong Cheong, Ketua Penolong Pengarah Inteligen Keselamatan, YDH SAC II Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan, anggota, kakitangan awam serta masyarakat setempat.

Di majlis itu juga, YB Dato' Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyampaikan sumbangan dari PDRM berjumlah RM13,000 dari kutipan derma pegawai, anggota serta masyarakat setempat kepada Ketua Sami Sanghanayaka Malaysia, K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero.

Kutipan derma itu akan di berikan kepada Buddist Maha Vihara, Ti Ratana Welfare Society, bekas L/Kpl Yusanna binti Asim, L/Kpl Mohamad Edwin bin Abdullah, L/Kpl Abd Hafiz bin Jamalul Ramli, D/Sjn Nur Aminah Ong binti Abdullah dan keluarga mendiang L/Kpl/D Phang Kwek Hin.

No comments: